Beza Cinch dan Esp.
Apa Itu Leucine ?
Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi,
pentingnya Cinrch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.
Beza Cinch dengan ESP
Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas
Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.
3 Perisa Terbaik
Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa, vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya anda boleh beli mengikut citarasa anda. Kalau nak menarik lagi, boleh je gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus. Untuk makluman, ESP adalah berperisa Vanilla yang memang sedap.
Ibu menyusu ..CINCH atau ESP ?
Ibu menyusu digalakkan mengambil ESP berbanding Cinch kerana kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikhuatiri akan mengganggu tumbesaran bayi. Jadi, untuk anda ibu-ibu yang menyusukan anak..ESP atau Energizing Soy Protien adalah pilihan terbaik. Selain daripada membantu ibu dalam usaha menguruskan badan, ESP juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.
No comments:
Post a Comment